Mimpi Yang Indah - Mestica

Berkali-kali aku dengar lagu ini. Bagi semua mungkin lagu ini biasa tetapi bagi aku lirik dalam lagu ini memang betul menyentuh hati dan menyedarkan aku. Tak semua kejeyaan kita datang dengan tiba-tiba tanpa kita lalui liku-liku kepayahan. Teringat aku dulu, selepas SPM aku dapat result teruk. Aku mulakan semua dari bawah, aku kembali mengambil sijil dan berusaha. Sesiapa yang belajar di Perda-Tech mesti tahu kepayahan dan kesusahannya. Pelbagai dugaan datang. Dugaan nafsu syaitan, dugaan kesakitan, dugaan ketakutan dan lain-lain dugaan. Aku tempuh itu semua. Dan sekarang aku masih terus berusaha. Tak sia-sia aku sambung belajar Diploma. Syukur alhamdulillah tuhan beri aku peluang untuk belajar. Jika tidak aku mungkin sekarang ini masih kerja di kedai gambar itu lagi. Untuk yang tak pernah dengar lagu ini dengar-dengarkanlah. Memang best walaupun lagu ini bukan lagu baru :)




2 comments:

Abang Long said...

Salam...ada masa, ada peluang dan ada duit sambung lg belajar utk dapatkan degree, master dan seterusnya PhD

Azrul Amin said...

Maaf reply komen abg long lambat..agak bz wat masa ini..hehe..InsyaAllah..jika diberi peluang,saya akan cuba :) ..

Post a Comment